Pada pandangan anda bagaimanakah
keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.
Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan.
Assalamualaikum w.b.t
Tekanan emosi atau stres
merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi
masalah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, stress merupakan satu keadaan di mana
seseorang itu merasa resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada
tekanan mental atau fizikal. Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan
persekitaran dalam mendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat
Kaplan (1983: 296) yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada
kegagalan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran.Tuntutan persekitaran
yang melampaui keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan
tersebut akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi
keperluannya sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu
mengalamiketegangan. Kesimpulannya, tekanan atau stress merupakan satu tindak
balas tubuh kepada keadaan fizikal atau emosi yang menyebabkan ketidak
seimbangan dalam kehidupan seseorang.
Isu yang ingin saya ulaskan
harini ialah, adakah kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia
menghadapi stress yang tinggi? Tekanan kadang kala adalah suatu perkara yang
normal dan boleh diramal dalam kehidupan kita. Kanak-kanak bertindak balas
dengan cara yang berbeza terhadap tekanan. Sesetengah kanak-kanak jatuh sakit.
Sesetengahnya mungkin berputuh asa, gementar, dan ada juga yang marah-marah dan
meminta perhatian. Dalam sesetengah kes, stress boleh juga membantutkan
perkembangan kanak-kanak tersebut. Terdapat satu kes di mana, seorang pelajar
yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengeluh kerana
sering mengalami sakit kepala, sakit perut, dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini
semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang keyakinanyang dia akan dapat
melepasi halangan akademik itu dengan jayanya. Satu lagi contoh tekanan emosi
ialah kanak-kanak sering kencing malam dan tiada selera untuk makan akibat
suasana rumah yang kurang stabil di mana ibu bapa sering bertelagah dan ada
ura-ura untuk berpisah atau bercerai.
Pada pandangan saya, kanak-kanak
prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia menghadapi masalah stress yang
tinggi. Berita di televisyen mahupun surat khabar pada hari ini banyak
memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak. Misalnya masalah
kanak-kanak gelandangan, mangsa penderaan, dan sebagainya. Masalah seperti ini
jika diteliti sangat memberi kesan dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Bagi
kanak-kanak gelandangan, mereka kurang
mendapat perhatian dan kasih sayang. Kehiudpan mereka hanya bergantung kepada
ihsan masyarakat. Mereka juga hanya mengharapkan rakan sebaya yang menghadapi
masalah yang sama sebagai persekitaran sosial mereka. Bagi kanak-kanak
yang menghadapi masalah ibu bapa
bercerai, mereka munkin menghadapi tekanan stress yang lebih kritikal. Hal ini
demikian kerana, perhatian dari ibu mahupun bapa akan terjejas berikutan tiada
persefahaman antara suami dan isteri tersebut. Kanak-kanak akan menghadapi
tekanan emosi apabila melihat ibu bapanya tidak bertegur sapa, atau lebih parah
lagi jika dia melihat ibu bapanya di depan matanya sendiri. Masalah ini jika
tidak dibedung akan menyebabkan kanak-kanak tersebut terbawa-bawa dengan
tekanan emosi yang dihadapinya di sekolah. Hal ini seterusnya menjejaskan
prestasinya dalam pelajaran.
Banyak ibu bapa yang tidak
menitik beratkan tekanan yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ini mungkin
kerana kurangnya pengetahuan ibu bapa tentang kepentingan serta keperluan dalam
menangani tekanan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pada
zaman yang serba moden ini banyak pusat-pusat atau persatuan yang menyediakan
khidmat bantuan untuk ibu bapa bagi mempelajari dengan lebih terperinci tentang
bagaimanakah cara yang betul untuk memberikan asuhan yang terbaik untuk
anak-anak. Keprihatinan ibu bapa tentang keperluan kanak-kanak mampu membantu
negara menghasilkan generasi yang cemerlang di masa hadapan.
Forum ini merupakan forum keempat
saya bagi melengkapkan tugasan untuk subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Psikologi Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Bantuan dari para pembaca untuk mengulas, menambah baik,
mahupun mengkritik amat saya hargai. Terima Kasih!
Assalamualaikum saudari Asyikin. Berdasarkan pernyataan yang telah saudari lontarkan,saya berpendapat bahawa kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar. Di peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama. Kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan. Bagaimanakah pula pendapat saudari?
ReplyDeleteWaalaikumsalam saudari Syifa. Terima kasih di atas kesudian anda berforum di laman blog saya. Saya kurang bersetuju dengan pernyataan saudari. Namun saya tidak meletakkan su yang saudari kemukakan itu menyebabkan stress yang sangat tinggi. Perasaan risau untuk berpisah dengan ibu bapa apabila pergi ke sekolah boleh di kategorikan sebagai situasi yang normal yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak. Masalah yang saudari berikan sebagai contoh tidak menunjukkan tahap stress yang tinggi. Walau bagaimanapun ia mungkin boleh dianggap serius sekiranya berlaku kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti autisme dan sebagainya. Meskipun begitu, terima kasih kerana berkongsi pendapat dengan saya.
Deleteselamat petang saudari Asyikin. Saya amat tertarik dengan pandangan yang saudari lontarkan. Bagi saya, kanak-kanak mengalami tekanan daripada ibubapanya sendiri akibat daripada memenuhi harapan ibu bapa mereka. Bila harapan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh kanak-kanak itu sendiri, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami tekanan akibat daripada desakan yang dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri.
ReplyDeleteTerima kasih saudara Fardie di atas kesudian saudara memberi sedikit komen dalam blog saya. Benar, desakan ibu bapa merupakan salah satu faktor berlakunya stress dalam kalangan kanak-kanak. Harapan yang diletakkan oleh ibu bapa pula tidak sejajar dengan keperluan mereka. Apa yang saya maksudkan di sini ialah keperluan kasih sayang dan perhatian. Sebagai contoh, bagi ibu bapa yang bekerja. Mereka sibuk bekerja sehingga sukar untuk memberikan sedikit masa untuk diluangkan bersama anak. Namun mereka mendesak anak-anak supaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Situasi ini membuatkan emosi mereka tidak seimbang dan seterusnya mencetuskan stress dalam diri mereka. Acap kali saya menekankan, ibu bapa perlu sedar akan keperluan dan tahap kemampuan yang anak mereka miliki. Tidak semua kanak-kanak mempunyai tahap IQ yang tinggi. Kita sendiri telah didedahkan bahawa setiap manusi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tuntasnya, ibu bapa perlu bersifat terbuka, meniliti setiap kekurangan dan kelebihan untuk tahu setakat mana kemampuan anak mereka supaya tidak memberi desakan kepada anak-anak untuk mencapainya.
DeleteAssalamualaikum saudari Asyikin, kita bertemu di forum ini. Pada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
ReplyDeleteWaalaikumsalam saudara Fahmi, terima kasih kerana sudi lagi berforum di dalam blogger saya ini. Sebagai penambahan daripada penulisan anda , jika kanak-kanak ini menghadapi stres, sememangnya terdapat pelbagai kesan yang boleh kita lihat kepada mereka.Antara gangguan personaliti yang boleh berlaku akibat stres ialah antisosial , murung , sedih dan sebagainya. Stres atau gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius jika berlaku kepada usia persekolahan. Kanak-kanak akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid. Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid Mengikut Teori Mauro (2004), bahawa terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi. Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.
DeleteAssalamualaikum saudari. Terima kasih di atas perkongsian saudari berkenaan tahap stress yang di hadapi oleh kanak-kanak di negara kita. Isu ini jarang sekali diutarakan. Saya ingin menambah sedikit pendapat saya tentang kesan yang mungkin di hadapi oleh anak-anak yang mengalami masalah stress. Stress tidak baik untuk kesihatan. Malang bagi kanak-kanak yang sudah mula mengalami stress pada usia muda kerana ianya secara tidak langsung menyebabkan kanak-kanak tersebut turut sama menjejaskan kesihatannya. Masalah kesihatan bukan mudah untuk dikawal. Kita mungkin tidak Nampak kesan buruknya sekarang, tetapi ia boleh menjadi masalh yang besar setelah kanak-kanak itu dewasa kelak. Masyarakat kita kurang pengetahuan tentang pentingnya golongan ibu bapa untuk tahu tekanan yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Oleh itu ibu bapa perlu mempunyai kesedaran untuk membimbing dan membentuk anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang supaya tidak berlaku sebarang konflik yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak.
ReplyDeleteTerima kasih saudara Kharil kerana sudi memberi pendapat dalam forum saya ini. Saya bersetuju dengan pernyataan saudara tentang kesan yang kanak-kanak hadapi sekiranya mereka sudah mula mengalami stress pada usia muda. Tekanan perasaan bukan perkara yang mudah untuk ditangani. Kita sebagai orang dewasa sendiri susah untuk mengawak tekanan yang dihadapi, apatah lagi kanak-kanank. Pengabaian emosi kanak-kanak adalah salah kerana ia umpama kita mendera emosi mereka. Kanak-kanak tidak tahu cara yang betul untuk mengawal emosi. Mereka sentiasa memerlukan emosi positif. Oleh itu ibu bapa perlu prihatin dengan apa yang diperlukan oleh anak-anak. Terima kasih sekali lagi untuk saudara Khairil. Semoga perkongsian saudara memberi manfaat untuk masyaraat kita.
DeleteBayi dan kanak-kanak berkongsi beberapa perkara dalam aspek perkembangan mereka serta beberapa perbezaan. Secara umumnya, bayi ialah seorang anak yang baru lahir, berusia dari waktu kelahiran sehingga ke 12 bulan manakala kanak-kanak ialah bagi mereka yang berusia dari setahun sehinggalah kepada 12 tahun.
ReplyDeleteDalam aspek pendidikan pula, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak prasekolah bagi yang berusia antara 1 sehingga 6 tahun, dan sebagai kanak-kanak sekolah rendah bagi yang berusia antara 7 sehingga 12 tahun.
Kesihatan mental bayi adalah satu perkara yang amat jarang sekali diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Sebagai perkara baru, mungkin akan timbul beberapa persoalan seperti adakah ia sebagai satu disiplin keilmuan atau bidang profesion? Persoalan sebegini sudah pasti timbul memandangkan tiada tempat yang boleh dituju atau ditemui yang menggambarkan apa itu kesihatan mental bayi. Paling kurang pun, masyarakat akan membuat kesimpulan ia sebagai satu bidang kepakaran pihak hospital dari jabatan kanak-kanak.
Kesihatan mental bayi adalah satu tahap perkembangan yang optimum dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka, merangkumi aspek sosial, emosi, tingkah laku, spiritual, serta perkembangan kognitif bayi dalam konteks perhubungannya dengan ibu bapa dan penjaga mereka.
Namun pada hakikatnya, kesihatan mental bayi adalah berkaitan perkembangan dan pembangunan serta kesejahteraan sosial dan emosi mereka. Aspek sosial dan emosi adalah komponen paling penting dalam peringkat perkembangan pada tahap ini dan akan memberi kesan yang khusus kepada kesihatan mental mereka, terutamanya apabila mereka dewasa kelak.
Beberapa petanda mereka memiliki tahap kesihatan mental yang baik ini dapat digambarkan dalam beberapa keadaan berkaitan fungsi sosial dan persekitaran mereka seperti berikut: keupayaan mereka untuk beremosi, mengawal dan menyatakan emosi; membentuk perhubungan peribadi yang rapat dan selamat; meneroka persekitaran mereka secara terbimbing; dan, proses berlaku bersesuaian dengan konteks keluarga, masyarakat dan budaya dalam kehidupan kanak-kanak itu
Sebenarnya kesihatan mental bayi dan kanak-kanak itu adalah kesihatan mental ibu bapa mereka itu sendiri. Ini bermakna, segala macam gambaran tingkah laku dan pola pemikiran serta emosi ibu bapa sebenarnya akan mempengaruhi status kesihatan mental dan fizikal anak-anak itu. Jika ibu atau bapa memiliki gejala gangguan mental, maka ia turut akan tergambar dalam diri kanak-kanak itu. Ibu bapa dan anak-anak mereka bukan sahaja berkongsi maklumat genetik, tetapi perkongsian juga berlaku dalam bentuk interaksi komunikasi dan sosial.
Kesihatan mental bayi tertumpu kepada keperluan untuk membangunkan aspek kesejahteraan sosial dan kesempurnaan emosi bayi serta penjaga mereka, dan dalam pelbagai konteks dalam mana proses penjagaan itu berlaku. Ini penting kerana perhubungan di antara mereka yang disulami kekuatan dan pertautan emosi positif adalah asas kepada kasih sayang dan komunikasi yang sempurna serta akan membentuk sahsiah mereka kelak. Ini adalah tuntutan sosial di antara mereka iaitu mahukan kepada pergaulan yang baik. Bersikap dan berperangai baik dalam pergaulan sosial ini adalah tuntutan Islam.
Lihatlah sendiri apa yang dicontohkan oleh Baginda Rasul SAW Ini adalah menurut sebuah hadis Baginda yang bermaksud ‘bukanlah dari golonganku orang yang tidak menyayangi kanak-kanak dan orang yang tidak memuliakan orang tua dan orang yang tidak menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran’. (Hadis riwayat oleh Imam al Tarmizi dari Ibn Abbas).