Friday, 4 December 2015

Rakan Sebaya

Assalamualaikum w.b.t

Bagi forum pertama ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan topik 'Peranan Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi Sosioemosi Kanak-kanak'. Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat kepada kita semua :)
Rakan Sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Dalam tempoh perkembangan kanak-kanak, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk sosioemosi yang baik.
Sosioemosi merupakan rangkuman perkataan ‘sosial’ dan ‘emosi’. Kamus Pelajar Edisi Pertama mendefinisikan sosial sebagai segala hal yang berkaitan masyarakat atau kemasyarakatan. Emosi sering dikaitkan dengan keperluan, sasaran dan minat kepada individu yang dikategorikan kepada psikologi, pcngalaman dan pcruhahan kclakuan luaran (Robinson, 1997). Emosi kanak-kanak melibatkan dua fungsi iaitu motivasi dan komunikasi. Sebagai motivasi, emosi ditentukan oleh kelakuan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak menggunakan fungsi komunikasi bagi mcmbolehkan tidak balas kepada yang lain iaitu kesengsaraan atau keperluan seperti tangisan atau senyuman. Walau kanak-kanak memberikan satu set keupayaan tertentu tentang kehidupan emosinya, pihak yang lain juga memberikan peranan dalam pencapaian emosi.
Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi  diri dalam masyarakat. Interaksi sosial adalah satu elemen yang paling penting dan perlu disediakan sejak dari awal peringkat pertumbuhan kanak-kanak lagi. Penekanan dari orang sekeliling seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi setiap cara dan gaya bagaimana seseorang kanak-kanak itu berinteraksi sesama mereka. Perkembangan interaksi sosial akan mengikut cara dan bagaimana kanak-kanak dibentuk, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Seseorang kanak-kanak akak mempelajari cara-cara menangani interaksi sosial sebaik sahaja mengenali seseorang di hadapannya. Oleh itu, rakan sosial atau lebih tepat lagi rakan sebaya perlu wujud dalam persekitaran seseorang kanak-kanak bagi meningkatkan perkembangan interaksi sosialnya dengan positif.
Rakan sebaya terdiri daripada inividu yang mempunyai umur dan status sosial yang sarna. Pengalaman kanak-kanak yang tinggal bersama dengan pengasuh di taman asuhan yang mengandungi kanak-kanak lain, menyebabkan mereka telah menjalin hubungan secara tidak langsung dengan kanak-kanak lain. Apabila kanak-kanak mula masuk prasekolah dan darjah satu, mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk membentuk perhubungan rakan sebaya dan meluaskan pengalaman sosial mereka. Melalui hubungan antara kawan-kawan di taman asuhan tadi, akhirnya wujud rakan sebaya di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak akan mengalami satu keadaan yang baru apabila mereka memasuki alam persekolahan. Ini kerana, mereka akan menghadapi berbagai-bagai situasi yang baharu dan tidak biasa bagi mereka dan juga juga disebabkan oleh kebolchan mercka mempunyai imaginasi yang terang. 
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Forum ini merupakan salah satu tugasan saya bagi subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sekiranya berkesempatan, anda bolehlah memberi serba sedikit ulasan mahupun menambah baik forum saya ini di ruangan komen supaya kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan bagi kepentingan kita bersama. Sekian, terima kasih. 

8 comments:

  1. Assalamualaikum saudari. Terlebih dahulu, izinkan saya membuka pendapat saya mengenai pengaruh rakan sebaya memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

    Ada masanya mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

    Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Fardie. Ilmu pengetahuan yang sangat berguna. Ingin saya ulas tentang teori perkembangan Havighurst yang saudara kongsikan. Havighurst mengemukakan teori tugasan yang dilalui oleh kanak-kanak secara berperingkat mengikut umur. Dalam teori beliau, beliau ada menyatakan di mana kanak-kanak mula bersosial dengan rakan-rakan pada umur 4 tahun. Hal ini membuktikan, rakan-rakan adalah faktor utama yang mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak telah mula belajar tentang perkembangan emosi sejak bayi lagi. Walau bagaimanapun sosiemosi yang berlaku di antara bayi dan ibu bapa tidak melengkapkan seorang kanak-kanak sebagai persediaan untuk melalui zaman remaja. Rakan sebaya juga merupakan individu yang mempengaruhi pemikiran kanak-kanak sama ada bersikap positif atau negatif. Benarlah pendapat saudara bahawa ibu bapa berhak tahu dengan siapa anaknya berkawan. Hal ini demikian sebagai langkah berjaga-jaga ibu bapa untuk memantau perkembangan sosial anak-anaknya. Akhir kata terima kasih sekali lagi kerana kesudian saudara berkongsi ilmu yang bermanfaat ini. Semoga ia berguna untuk masyarakat kita.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari Asyikin, terlebih dahulu saya amat menyutujui pandangan saudara Fardie yang menyatakan zaman remaja adalah zaman yang boleh dikategorikan sebagai zaman perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Oleh hal yang demikian,pada pendapat saya pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Sememangnya rakan merupakan cerminan peribadi seseorang individu. Pilihlah rakan yang mampu membawa kita ke arah kebaikan. Bagaimanakah pula pandangan saudari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kesudian saudari Syifa berkongsi ilmu dengan saya. Saya bersetuju dengan pandangan saudari. Rakan sebaya mencerminkan keperibadian seeorang. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa tidak semua individu mempunyai perangai yang sama dengan rakan sebaya. Berbalik kepada faktor baka sebagai faktor perkembangan kanak-kanak. Mereka mempunyai sifat semula jadi yang sedia ada dalam diri mereka. Rakan sebaya hanyalah tambahan sebagai pelengkap bagi memenuhi keperluan sepanjang tempoh perkembangan mereka. Tambahan pula, pada usia tertentu, setiap individu akan melalui satu peringkat di mana mereka menggunakan kata hati dan akal sebagai pembimbing untuk menempuhi alam kehidupan. Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, rakan sebaya merupakan salah satu fakotr yang mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Namun bukan 100% menggambarkan keperibadian mereka. Walalu bagaimanapun terima kasih di atas perkongsian saudari. Saya berharap kita dapat sama-sama belajar dengan lebih banyak tentang keperluan kanak-kanak supaya membantu sesame sendir, InshaAllah.

      Delete
  3. assalamualaikum saudari Asyikin, izinkan saya memberi pendapat. melalui pandangan saya, rakan sebaya adalah fokus yang penting dalam kehidupan. ia memainkan peranan yang penting dalam pergaulan. Antara peranan-peranan rakan sebaya ialah mereka boleh menjadi kawan kerana mereka boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain. Mereka juga kadang kala boleh menjadi lawan kepada kita kerana mereka mampu mempengaruhi kita dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Hal ini demikian, mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka memahami sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati, kerana tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita dan pastinya akan ada yang cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun itu bukan niat mereka sebenarnya. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yag tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta yag mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya memang antara punca utama yang boleh membuatkan pelajar bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudara Fahmi , terima kasih kerana sudi mengajukan pandangan di forum ini. Saya bersetuju bahawa memang banyak pengaruh positif yang boleh kita ambil sekiranya rakan sebaya kita memberikan sokongan dan dorongan yang positif kepada kita, seperti mana contoh yang diberikan oleh saudara tadi selain ibu bapa dan guru rakan sebaya juga boleh menjadi medan motivasi kepada kita untuk terus berjaya dalam pembelajaran ataupun kerjaya yang kita harungi ini. Oleh yang demikian kita sebagai insan yang mempunyai akal pemikiran yang waras seeloknya fikirlah terlebih dahulu sebelum memilih kawan untung menjadikan mereka sebagai kawan yang membina semangat kita dan bukannya kawan yang mmenjatuhkan kita.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari. Saya tertarik untuk mengulas sedikit berkenaan tajuk yang saudari bincangkan. Sosio emosi ada disebut di dalam teori Sigmund Freud. Menurut Freud, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Kanak-kanak mula mengenali rakan ketika peringkat latensi iaitu pada usia 6 tahin hingga 11 tahun. Pada waktu inilah mereka belajar bersosial dengan rakan-rakan. Ibu bapa perlu mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan kerana paa peringkat ini kanak-kanak sukar untuk memproses sama ada situasi itu baik atau tidak. Mereka lebih cepat meniru apa yang rakank-rakan mereka lakukan. Penting untuk ibu bapa kenal dengan siapa anak-anak mereka bergaul. Hal ini demikian supaya ibu bapa tidak terlepas pandang terhadap perubahan yang berlaku terhadap anak-anak. Tambahan pula, apa yang dihadapi oleh kanak-kanak boleh mempengaruhi kehidupan mereka apabila dia dewasa nanti. Kecuaian ibu bapa membiarkan anaknya bebas bergaul merupakan salah satu faktor berlaku gejala sosial dalam kalangan remaja.Oleh itu, ibu bapa sangat ditegaskan supaya sentiasa peka dan mengambil dengan siapa anak mereka bersosial lebih-lebih lagi pada peringkat latensi tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Khairil. Saya ingin menambah sedikit ulasan saya. Pada pendapat saya pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.

      Delete