Friday, 18 December 2015

Stress

Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan.

Assalamualaikum w.b.t
Tekanan emosi atau stres merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, stress merupakan satu keadaan di mana seseorang itu merasa resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada tekanan mental atau fizikal. Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam mendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296) yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran.Tuntutan persekitaran yang melampaui keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalamiketegangan. Kesimpulannya, tekanan atau stress merupakan satu tindak balas tubuh kepada keadaan fizikal atau emosi yang menyebabkan ketidak seimbangan dalam kehidupan seseorang.
Isu yang ingin saya ulaskan harini ialah, adakah kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia menghadapi stress yang tinggi? Tekanan kadang kala adalah suatu perkara yang normal dan boleh diramal dalam kehidupan kita. Kanak-kanak bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap tekanan. Sesetengah kanak-kanak jatuh sakit. Sesetengahnya mungkin berputuh asa, gementar, dan ada juga yang marah-marah dan meminta perhatian. Dalam sesetengah kes, stress boleh juga membantutkan perkembangan kanak-kanak tersebut. Terdapat satu kes di mana, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut, dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang keyakinanyang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya. Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak-kanak sering kencing malam dan tiada selera untuk makan akibat suasana rumah yang kurang stabil di mana ibu bapa sering bertelagah dan ada ura-ura untuk berpisah atau bercerai.
Pada pandangan saya, kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia menghadapi masalah stress yang tinggi. Berita di televisyen mahupun surat khabar pada hari ini banyak memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak. Misalnya masalah kanak-kanak gelandangan, mangsa penderaan, dan sebagainya. Masalah seperti ini jika diteliti sangat memberi kesan dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Bagi kanak-kanak  gelandangan, mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Kehiudpan mereka hanya bergantung kepada ihsan masyarakat. Mereka juga hanya mengharapkan rakan sebaya yang menghadapi masalah yang sama sebagai persekitaran sosial mereka. Bagi kanak-kanak yang  menghadapi masalah ibu bapa bercerai, mereka munkin menghadapi tekanan stress yang lebih kritikal. Hal ini demikian kerana, perhatian dari ibu mahupun bapa akan terjejas berikutan tiada persefahaman antara suami dan isteri tersebut. Kanak-kanak akan menghadapi tekanan emosi apabila melihat ibu bapanya tidak bertegur sapa, atau lebih parah lagi jika dia melihat ibu bapanya di depan matanya sendiri. Masalah ini jika tidak dibedung akan menyebabkan kanak-kanak tersebut terbawa-bawa dengan tekanan emosi yang dihadapinya di sekolah. Hal ini seterusnya menjejaskan prestasinya dalam pelajaran.
Banyak ibu bapa yang tidak menitik beratkan tekanan yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ini mungkin kerana kurangnya pengetahuan ibu bapa tentang kepentingan serta keperluan dalam menangani tekanan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pada zaman yang serba moden ini banyak pusat-pusat atau persatuan yang menyediakan khidmat bantuan untuk ibu bapa bagi mempelajari dengan lebih terperinci tentang bagaimanakah cara yang betul untuk memberikan asuhan yang terbaik untuk anak-anak. Keprihatinan ibu bapa tentang keperluan kanak-kanak mampu membantu negara menghasilkan generasi yang cemerlang di masa hadapan.
Forum ini merupakan forum keempat saya bagi melengkapkan tugasan untuk subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Psikologi Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bantuan dari para pembaca untuk mengulas, menambah baik, mahupun mengkritik amat saya hargai. Terima Kasih!


Emosi, Sosial, atau Intelek?

Assalamualaikum w.b.t
“Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan”
Dewasa ini teknologi semakin maju, inovasi-inovasi baru banyak diperkenalkan. Alatan untuk mempermudahkan kehidupan manusia semakin banyak dicipta. Penemuan-penemuan ini merupakan hasil dari pemikiran manusia iaitu pada kecerdasan Intelektual atau Intelegence Quotient (IQ). Dalam bidang pekerjaan, kecerdasan intelektual sangat penting bagi membolehkan seseorang individu meningkatkan daya saing dalam mencapai matlamat. Walau bagaimanapun, di zaman yang serba canggih ini, kecerdasan emosi dan sosial juga penting supaya seimbang dengan kebolehan diri. Namun, kecerdasan apakah yang menjadi tunjang utama dalam dunia pekerjaan? 
Menurut Sorenson (1977) kecerdasan intelektual adalah kemampuan untuk berfikir secara abstrak, belajar untuk bertindak balas, dan kemampuan untuk mengadaptasikannya dengan persekitaran. Seperti yang kita sedia tahu, setiap individu mempunyai tahap IQ yang berbeza. Perbezaan tahap IQ ini secara tidak langsung membezakan kelebihan dan kekurangan setiap manusia. Kecerdasan intelektual memberi suatu keuntungan bagi sesuatu syarikat melalui idea-idea baru yang seterusnya menjadikan syarikat tersebut berkualiti.
Daniel Goleman (1999)  mengemukakan bahawa kecerdasan emosi merujuk pada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Kecerdasan emosi penting untuk menangani situasi yang beremosi dalam suatu keadaan yang sering terjadi. Kecerdasan emosi merupakan penentu dalam pembentukan serta keberhasilan hubungan dimasyarakat. Dalam konteks dunia pekerjaan, kecerdasan emosi penting lebih-lebih lagi apabila melakukan kerja dalam pasukan. Segala isu atau tekanan boleh dikendali sekira seseorang individu mempunyai kecerdasan emosi yang baik.
Kecerdasan sosial berkait rapat dengan interaksi antara individu dengan suatu kolompok atau masyarakat. Menurut Stephen Jay Could, On Intelligence, Monash University: 1994, kecerdasan sosial merupakan kemampuan dalam memahami serta mengelola hubungan antara manusia. Kecerdasan sosial pentning dalam dunia pekerjaan di mana setiap pekerja saling berkomunikasi dengan baik dengan pekerja yang lain. Melalui komunikasi, kerja yang dilakukan akan diselesaikan dengan lebih mudah.
Saya sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa kecerdasaan emosi dan kecerdasan sosial lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam bidang pekerjaan. Pada era ini, manusia saling bersaing untuk menjadi yang terbaik. Namun begitu, setiap strategi tidak akan boleh dikecapi tanpa interaksi atau komunikasi yang baik sesama manusia. Sebagai contoh, syarikat kontrak pembinaan perlu bekerjasama dengan syarikat yang membekalkan barang dan alatan pembinaan bagi menjayakan projek pembangunan. Di sini tercetusnya kecerdasan sosial yang perlu dikendali dengan baik oleh  ketua projek syarikat tersebut. Bagi konteks emosi pula, kerja-kerja pembangunan akan berjalan dengan lancar sekiranya pekerja mampu mengawal emosi mereka dengan baik. Emosi juga merupakan tunjang utama yang perlu dititik beratkan dalam bersosial.
Kecerdasan intelek tidak akan membawa untung di dalam dunia pekerjaan sekiranya seseorang individu tidak mempunya kecerdasan emosi dan sosial yang baik. Kemampuan untuk bekerjasama dengan emosi yang stabil lebih banyak memberi impak positif. Tambahan pula, kecerdasan intelek mampu terbentuk melalui interaksi antara manusia, iaitu kecerdasan sosial.

Forum ini merupakan forum ketiga bagi melengkapkan tugasan saya di bawah subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Psikologi Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kerjasama pembaca untuk memberi sebarang komen, kriktikan, atau ulasan amat saya hargai. Sekian terima kasih.

Tuesday, 8 December 2015

Hubungan Perapatan Kanak-kanak Dengan Bapa

Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina.

Terdapat tiga jenis perapatan yang utama:-
a) perapatan selamat (secure attachment)
b) perapatan mengelak (avoidant attachment)
c) perapatan bimbang ketidaktentuan (anxious/ambivalent attachment)

Terdapat juga fasa-fasa dalam pembentukan perapatan. Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan antara ibu bapa dengan anak-anak.

• Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) – bayi menerima orang lain di sekelilingnya tetapi kebolehan untuk membezakan mereka adalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak menangis jika didukung oleh sesiapa sahaja.

• Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) – bayi mula dapat membezakan tingkah laku terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu yang sering menjerit kepadanya.

• Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) – bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu menyentuh atau duduk berhampirannya.

• Fasa 4 (2 tahun ke atas) – kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar.

Bagi forum kali ini, saya ingin mengulas serba sedikit mengenai masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Dalam isu perapatan, ibu bapa merupakan individu utama yang dikaitkan dengan perapatan. Namun begitu, bagaimana sekiranya perapatan hanya berlaku antara si ibu dan si anak sahaja?
Umum tahu, perkembangan emosi kanak-kanak bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Oleh itu tidak pelik sekiranya kanak-kanak mempunyai hubungan perapatan yang lebih tinggi dengan ibu berbanding dengan bapa. Namun, penting bagi kanak-kanak untuk mempunyai hubungan perapatan yang seimbang dengan ibu dan bapanya. Ini berkait rapat dengan emosi dan rohani. 
Dalam masyarakat kita, sedar atau tidak ada banyak perbezaan peranan ibu dengan bapa. Bapa selalunya dipandang baik jika memenuhi keperluan keluarga, misalnya mempunyai kerjaya yang baik. Namun bagi ibu, mentaliti masyarakat kita memandang sikap seorang ibu berdasarkan layanannya terhadap anak. Sebagai contoh, kerja-kerja asas seperti mengasuh, menyusukan, menukar lampin, dan sebagainya. Dari sini dapat kita lihat bagaimana perapatan antara ibu dan anak berlaku. 
Perapatan bapa dan anak adalah penting dari segi emosi. Seperti yang kita tahu, seorang lelaki secara semula jadi bertindak sebagai pelindung. Sekiranya seorang bapa tidak mempunyai perapatan yang baik dengan anak, anak-anak tidak akan berasa selamat. 
Bagi anak lelaki, mereka mungkin menghadapi masalah untuk menerapkan sifat kelelakian iaitu sebagai pelindung dalam diri mereka kerena tidak diamalkan oleh si bapa. Ini menyukarkan proses pembelajaran bagi perkembangan mental mereka kerana ibu bapa merupakan individu utama yang perlu mengajar anak-anak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 

Saya memerlukan pandangan pembaca untuk mengulas dengan kebih kanjut berkenaan masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak sekiranya tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa. Mohon bantuan pembaca untuk berkongsi ilmu pengetahuan untuk memenuhi keperluan tugasan saya bagi subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Terima kasih :)

Friday, 4 December 2015

Rakan Sebaya

Assalamualaikum w.b.t

Bagi forum pertama ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan topik 'Peranan Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi Sosioemosi Kanak-kanak'. Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat kepada kita semua :)
Rakan Sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Dalam tempoh perkembangan kanak-kanak, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk sosioemosi yang baik.
Sosioemosi merupakan rangkuman perkataan ‘sosial’ dan ‘emosi’. Kamus Pelajar Edisi Pertama mendefinisikan sosial sebagai segala hal yang berkaitan masyarakat atau kemasyarakatan. Emosi sering dikaitkan dengan keperluan, sasaran dan minat kepada individu yang dikategorikan kepada psikologi, pcngalaman dan pcruhahan kclakuan luaran (Robinson, 1997). Emosi kanak-kanak melibatkan dua fungsi iaitu motivasi dan komunikasi. Sebagai motivasi, emosi ditentukan oleh kelakuan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak menggunakan fungsi komunikasi bagi mcmbolehkan tidak balas kepada yang lain iaitu kesengsaraan atau keperluan seperti tangisan atau senyuman. Walau kanak-kanak memberikan satu set keupayaan tertentu tentang kehidupan emosinya, pihak yang lain juga memberikan peranan dalam pencapaian emosi.
Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi  diri dalam masyarakat. Interaksi sosial adalah satu elemen yang paling penting dan perlu disediakan sejak dari awal peringkat pertumbuhan kanak-kanak lagi. Penekanan dari orang sekeliling seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi setiap cara dan gaya bagaimana seseorang kanak-kanak itu berinteraksi sesama mereka. Perkembangan interaksi sosial akan mengikut cara dan bagaimana kanak-kanak dibentuk, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Seseorang kanak-kanak akak mempelajari cara-cara menangani interaksi sosial sebaik sahaja mengenali seseorang di hadapannya. Oleh itu, rakan sosial atau lebih tepat lagi rakan sebaya perlu wujud dalam persekitaran seseorang kanak-kanak bagi meningkatkan perkembangan interaksi sosialnya dengan positif.
Rakan sebaya terdiri daripada inividu yang mempunyai umur dan status sosial yang sarna. Pengalaman kanak-kanak yang tinggal bersama dengan pengasuh di taman asuhan yang mengandungi kanak-kanak lain, menyebabkan mereka telah menjalin hubungan secara tidak langsung dengan kanak-kanak lain. Apabila kanak-kanak mula masuk prasekolah dan darjah satu, mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk membentuk perhubungan rakan sebaya dan meluaskan pengalaman sosial mereka. Melalui hubungan antara kawan-kawan di taman asuhan tadi, akhirnya wujud rakan sebaya di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak akan mengalami satu keadaan yang baru apabila mereka memasuki alam persekolahan. Ini kerana, mereka akan menghadapi berbagai-bagai situasi yang baharu dan tidak biasa bagi mereka dan juga juga disebabkan oleh kebolchan mercka mempunyai imaginasi yang terang. 
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Forum ini merupakan salah satu tugasan saya bagi subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sekiranya berkesempatan, anda bolehlah memberi serba sedikit ulasan mahupun menambah baik forum saya ini di ruangan komen supaya kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan bagi kepentingan kita bersama. Sekian, terima kasih. 

Friday, 13 November 2015

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang "Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky". Komen dan ulasan tambahan dari anda amatlah dialu-alukan





Nama sebenar beliau ialah Lev Semenovich Vygotsky. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934. Beliau merupakam seorang psikologi berbangsa rusia. Beliau juga seorang guru dan sarjana sastera. Beliau telah menulis buku tentang 'Pemikiran dan Bahasa' dan 'Fikiran Masyarakat'.

   Vygotsky mendapatkan pendidikan awal daripada ibunya sendiri yang merupakan seorang guru dan mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Beliau mendapat pengaruh dari sepupunya, David Vygotsky. Beliau meneruskan pengajian sekolah menengahnya di sebuah sekolah persendirian dan memperoleh anugerah medal emas. Beliau kemudiannya menamatkan pengajian di Moscow State University pada tahun 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat. Antaranya ialah Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad dan Kharkow di mana beliau bekerja keras menyatakan ideanya tentang perkembangan kognitif. 

     Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan budaya. Perkembangan kognitif berlaku melalui interaksi sosial ibu bapa, guru, rakan, orang dewasa lain, sekolah, dan sebagainya. Menurut Vygotsky, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental (elementary mental function) iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori.   

     Teori sosiobudaya Vygotsky menjadikan beliau dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan. Teori ini juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang ada disekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekeliling mereka. Vygotsky berpendapat bahawa sosiobudaya disampaikan melalui tiga cara iaitu:
  • Belajar daripada peniruan
  • Mengingati dan membuat pemahaman sendiri
  • Belajar melalui kolaborasi kumpulan
Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dan persekitaran sosial. Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila berinteraksi dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial yang menjadi tunjang kepada perubahan pemikiran dan tinhkah laku kanak-kanak. Pemikiran dan tingkah laku inilah yang membezakan sesuatu budaya. 

     Vygotsky turut bersetuju dengan teori Piaget bahawa perkembangan kognitif berlaku secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berfikir yang berbeza-beza. Namun begitu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Piaget bahawa anak menjelajahi dunianya bersendirian dan membentuk gambaran realitinya sendirian, kerana menurut Vygotsky suatu pengetahuan tidak hanya didapati oleh anak itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari lingkungannya  juga. 

Sekian saja perkongsian saya tentang topik teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky. Terima Kasih :)  

Monday, 5 October 2015






Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep MOVING.
-Albert Einstien