Tuesday 8 December 2015

Hubungan Perapatan Kanak-kanak Dengan Bapa

Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina.

Terdapat tiga jenis perapatan yang utama:-
a) perapatan selamat (secure attachment)
b) perapatan mengelak (avoidant attachment)
c) perapatan bimbang ketidaktentuan (anxious/ambivalent attachment)

Terdapat juga fasa-fasa dalam pembentukan perapatan. Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan antara ibu bapa dengan anak-anak.

• Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) – bayi menerima orang lain di sekelilingnya tetapi kebolehan untuk membezakan mereka adalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak menangis jika didukung oleh sesiapa sahaja.

• Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) – bayi mula dapat membezakan tingkah laku terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu yang sering menjerit kepadanya.

• Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) – bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu menyentuh atau duduk berhampirannya.

• Fasa 4 (2 tahun ke atas) – kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar.

Bagi forum kali ini, saya ingin mengulas serba sedikit mengenai masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Dalam isu perapatan, ibu bapa merupakan individu utama yang dikaitkan dengan perapatan. Namun begitu, bagaimana sekiranya perapatan hanya berlaku antara si ibu dan si anak sahaja?
Umum tahu, perkembangan emosi kanak-kanak bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Oleh itu tidak pelik sekiranya kanak-kanak mempunyai hubungan perapatan yang lebih tinggi dengan ibu berbanding dengan bapa. Namun, penting bagi kanak-kanak untuk mempunyai hubungan perapatan yang seimbang dengan ibu dan bapanya. Ini berkait rapat dengan emosi dan rohani. 
Dalam masyarakat kita, sedar atau tidak ada banyak perbezaan peranan ibu dengan bapa. Bapa selalunya dipandang baik jika memenuhi keperluan keluarga, misalnya mempunyai kerjaya yang baik. Namun bagi ibu, mentaliti masyarakat kita memandang sikap seorang ibu berdasarkan layanannya terhadap anak. Sebagai contoh, kerja-kerja asas seperti mengasuh, menyusukan, menukar lampin, dan sebagainya. Dari sini dapat kita lihat bagaimana perapatan antara ibu dan anak berlaku. 
Perapatan bapa dan anak adalah penting dari segi emosi. Seperti yang kita tahu, seorang lelaki secara semula jadi bertindak sebagai pelindung. Sekiranya seorang bapa tidak mempunyai perapatan yang baik dengan anak, anak-anak tidak akan berasa selamat. 
Bagi anak lelaki, mereka mungkin menghadapi masalah untuk menerapkan sifat kelelakian iaitu sebagai pelindung dalam diri mereka kerena tidak diamalkan oleh si bapa. Ini menyukarkan proses pembelajaran bagi perkembangan mental mereka kerana ibu bapa merupakan individu utama yang perlu mengajar anak-anak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 

Saya memerlukan pandangan pembaca untuk mengulas dengan kebih kanjut berkenaan masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak sekiranya tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa. Mohon bantuan pembaca untuk berkongsi ilmu pengetahuan untuk memenuhi keperluan tugasan saya bagi subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Terima kasih :)

8 comments:

  1. Assalamualaikum saudari. Disini saya ingin mengemukakan pendapat saya bahawa secara umumnya ibu bapa merupakan unit yang bertanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak termasukalah dalam perkembangan sosial,rohani,emosi dan intelek.

    Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan menjadi seorang kanak-kanak yang panas baran dan sentiasa menujukkan ketidakpuasan hati mereka. Hal ini disebabkan oleh "role model" seorang bapa yang menujukkan sikap panas baran mereka. Ini juga disebabkan oleh tiada pihak yang ingin memeberikan nasihat positif kepada kanak-kanak bahawa setiap perlakuan yang dilakukan oleh mereka adalah sikap yang negatif.

    Kanak-kanak juga mungkin akan menghadapi tekanan hidup yang tinggi. Ini disebabkan oleh sikap bapa mereka yang tidak menumpukan perhatian dan peranan mereka sebagai seorang bapa. Kanak-kanak yang kurang mendapatkan perhatian bapa mereka akan mengjadapi tekanan emosi secara tidak langsung. Mereka akan bersikap cemburu dan iri hati dengan bapa rakan mereka yang sentiasa menerima sepenuh perhatian bapanya.

    Nak akan merasa tidak dihargai apabila ibubapa tidak mengambil berat tentang apa yang mereka lakukan samaada di rumah atau di sekolah. Dalam hal ini, akan wujud juga pelbagai masalah yang melibatkan masyarakat seperti kes curi dan sebagainya.

    Oleh demikian, perapatan bapa haruslah diterapkan diperingkat kanak-kanak lagi agar tidak berlaku jurang yang negatif. Sekian dulu dari saya pada kali ini. Diharap pandangan yang saya utarakan itu dapat membantu anda untuk memahami tentang hubungan perapatan antara kanak-kank dengan bapa. Andai pendapat saya salah, itu semua datang dari diri saya, yang baik itu datang dari Allah S.W.T. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara fardie. Saya turut bersetuju berkenaan pernyataan saudara tentang masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat sekiranya anak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Jika dilihat, pada zaman sekarang wujud banyak kes yang melibatkan remaja. Umum lebih banyak beranggapan bahawa masalah-masalah tersebut berlaku berikutan pengaruh media luar dan rakan sebaya. Walau bagaimanapun ibu bapa sendiri perlu sedar peranan mereka sejak anak itu kecil lagi. Ibu bapa kurang pengetahuan tentang didikan asas yang memberi kesan setelah anak mereka dewasa. Saya turut berpendapat beberapa pihak perlu tampil memberi pendedahan kepada bakal ibu bapa tentang cara didikan yang betul supaya generasi akan datang dapat dibentuk dengan positif. Sekiranya kanak-kanak di negara kita dididik dengan baik, mereka bukan sahaja membantu masyarakat malah membantu peningkatan negara dari segi pelbagai aspek misalnya pendidikan dan ekonomi. Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada saudara atas kesudian saudara berkongsi pendapat dengan saya. Semoga perkongsian saudara membuka mata masyarakat, InshaAllah..

      Delete
  2. selamat malam saudari Asyikin, pandangan saudari mengenai bagi anak lelaki, mereka mungkin menghadapi masalah untuk menerapkan sifat kelelakian iaitu sebagai pelindung dalam diri mereka kerana tidak diamalkan oleh si bapa itu adalah benar. Hal ini kerana bapa borek anak rintik. seorang bapa harus menjadi role model kepada anak-anak agar mereka dapat mencontohi sikap ataupun nilai murni yang baik. Oleh hal yang demikian, hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangkan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat. Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu. Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Syifa. Perkongsian yang sangat menarik. Saya bersetuju dengan pernyataan saudari berkenaan hubungan perapatan kurang berlaku dalam keluarga yang berpangkat. Hubungan perapatan berlaku apabila ibu bapa sering meluangkan masa dengan anak-anak. Ini bukan bermakna dengan hanya membawa anak-anak bercuti. Malah, walau dengan hanya membantu anak melakukan kerja sekolah sahaja sudah boleh membentuk hubungan perapatan yang baik. Ibu bapa sering lepas pandang dengan perkara kecil seperti itu. Mereka menyangka anak-anak hanya perlukan bercuti atau bersiar-siar sebagai balasan untuk meluangkan waktu bersama mereka. Bercuti atau membelikan mainan hanyalah sebagai ‘extra marks’ bagi menggembirakan hati anak-anak. Ibu bapa perlu faham perapatan berlaku melalui komunikasi dan tingkah laku. Saya turut bersetuju dengan pendapat saudari berkenaan anak-anak berasa takut dan emosinya terganggu. Apabila perapatan tidak berlaku, anak-anak akan berasa takut untuk meluahkan perasaan dan haknya sebagai kanak-kanak. Terima kasih saudari dengan perkongsian saudari. Semoga apa yang disampaikan bermanfaat untuk masyarakat lebih-lebih lagi golongan ibu bapa.

      Delete
  3. Assalamualaikum saudari, saya bersetuju dengan pendirian saudari yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Antara masalah yang timbul sekiranya anak tidak rapat dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dengan bapa akan menyebabkan anak tidak dapat mengetahui pendedahan awal dalam pengurusan diri dan menyelesaikan masalah mereka.

    Selain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi. Ini merupakan pandangan daripada saya dan akan yakin bahawa semua masyarakat diluar sana juga akan menyatakan pandangan yang sama seperti saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudara Fahmi, terima kasih kerana sudi mengemukan pandangan saudara di forum kedua saya ini. Saudara telah mengemukan masalah yang bakal berlaku sekiranya hubungan perapatan bersama bapa longgar. Masalah ini juga perlu kita bincangkan sekiranya masalah ini terus berlaku, kanak-kanak yang mengalami kurang pendedahan dalam pengurusan diri akan menjadikan anak tersebut bermasalah pada peringkat umur dewasa kelak. Oleh yang demikian ibu bapa perlu mengambil pekara ini sebagai pekara yang sangat penting dalam mendidik anak dalam peringkat awal kanak-kanak.Semoga perkongsian saudara berguna untuk masyarakat kita, InshaAllah..

      Delete
  4. Assalamualaikum dan selamat pagi saudari Asyikin. Berikutan dengan topik yang saudari coretkan, saya ingin menambah serba sedikit pandangan saya. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh saudari tentang perbezaan tugas ibu dan bapa di mata masyarakat kita. Ibu selalu dipandang sebagai orang yang akan sedia ada dengan anak sejak mereka kecil lagi. Manakala bapa hanya tertumpu sebagai ketua keluarga untuk keluar mencari rezeki. Dari sini kita sudah dapat lihat jurang perapatan antara anak dan bapa yang dianggap biasa. Masyarakat tidak peka dengan situasi seperti itu. Perapatan penting bagi membentuk perkembangan positif dalam diri anak-anak. Perkembangan emosi misalnya mampu memberi kesan yang baik dalam diri kanak-kanak. Bapa perlu memainkan peranan supaya perapatan antara anak tidak bermasalah. Antara langkah yang boleh diambil ialah meluangkan masa dengan anak ketika waktu mereka mengulangkaji pelajaran. Perapatan perlu dimulakan sejak kecil lagi. Oleh itu ibu bapa haruslah sentiasa peka dengan setiap perkembangan anak supaya perapatan masih boleh terjalin dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam saudar Kharil. Selamat pagi. Pendapat saudara itu amat bernas dan sangat mengujakan saya untuk membaca. Melihat kepada pakar psikologi katakan, Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting untuk membentuk ikatan antara bayi dan penjaga. Dalam Teori Erikson ini, perapatan sudahpun bermula sejak dari bayi lagi. Dalam kata lain, perapatan amat penting dalam sesebuah keluarga untuk membentuk ikatan keluarga yang bahagia. Namun begitu, akan timbul sesuatu masalah sekiranya tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ahli keluarga terutama dengan bapa yang mana sesuai dengan topik yang saya ingin kongsikan ini. Apabila dilihat dari sudut perapatan dengan bapa, aspek disiplin amat dititikberatkan kepada anak-anak kerana ia sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang bapa. Apabila hubungan perapatan dengan bapa itu kurang terjalin maka akan timbul masalah anak-anak seperti kurangnya disiplin dalam diri, anak berani mengingkari suruhan orang tua, mudah terpedaya dengan pengaruh dunia luar yang negatif, anak tidak berani menyuarakan permasalahan terhadap bapa, dan kurangnya komunikasi dengan bapa di mana ini amat penting untuk mengeratkan perhubungan perapatan antara seorang anak dengan bapa.

    ReplyDelete