Friday 18 December 2015

Emosi, Sosial, atau Intelek?

Assalamualaikum w.b.t
“Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan”
Dewasa ini teknologi semakin maju, inovasi-inovasi baru banyak diperkenalkan. Alatan untuk mempermudahkan kehidupan manusia semakin banyak dicipta. Penemuan-penemuan ini merupakan hasil dari pemikiran manusia iaitu pada kecerdasan Intelektual atau Intelegence Quotient (IQ). Dalam bidang pekerjaan, kecerdasan intelektual sangat penting bagi membolehkan seseorang individu meningkatkan daya saing dalam mencapai matlamat. Walau bagaimanapun, di zaman yang serba canggih ini, kecerdasan emosi dan sosial juga penting supaya seimbang dengan kebolehan diri. Namun, kecerdasan apakah yang menjadi tunjang utama dalam dunia pekerjaan? 
Menurut Sorenson (1977) kecerdasan intelektual adalah kemampuan untuk berfikir secara abstrak, belajar untuk bertindak balas, dan kemampuan untuk mengadaptasikannya dengan persekitaran. Seperti yang kita sedia tahu, setiap individu mempunyai tahap IQ yang berbeza. Perbezaan tahap IQ ini secara tidak langsung membezakan kelebihan dan kekurangan setiap manusia. Kecerdasan intelektual memberi suatu keuntungan bagi sesuatu syarikat melalui idea-idea baru yang seterusnya menjadikan syarikat tersebut berkualiti.
Daniel Goleman (1999)  mengemukakan bahawa kecerdasan emosi merujuk pada kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain. Kecerdasan emosi penting untuk menangani situasi yang beremosi dalam suatu keadaan yang sering terjadi. Kecerdasan emosi merupakan penentu dalam pembentukan serta keberhasilan hubungan dimasyarakat. Dalam konteks dunia pekerjaan, kecerdasan emosi penting lebih-lebih lagi apabila melakukan kerja dalam pasukan. Segala isu atau tekanan boleh dikendali sekira seseorang individu mempunyai kecerdasan emosi yang baik.
Kecerdasan sosial berkait rapat dengan interaksi antara individu dengan suatu kolompok atau masyarakat. Menurut Stephen Jay Could, On Intelligence, Monash University: 1994, kecerdasan sosial merupakan kemampuan dalam memahami serta mengelola hubungan antara manusia. Kecerdasan sosial pentning dalam dunia pekerjaan di mana setiap pekerja saling berkomunikasi dengan baik dengan pekerja yang lain. Melalui komunikasi, kerja yang dilakukan akan diselesaikan dengan lebih mudah.
Saya sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa kecerdasaan emosi dan kecerdasan sosial lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam bidang pekerjaan. Pada era ini, manusia saling bersaing untuk menjadi yang terbaik. Namun begitu, setiap strategi tidak akan boleh dikecapi tanpa interaksi atau komunikasi yang baik sesama manusia. Sebagai contoh, syarikat kontrak pembinaan perlu bekerjasama dengan syarikat yang membekalkan barang dan alatan pembinaan bagi menjayakan projek pembangunan. Di sini tercetusnya kecerdasan sosial yang perlu dikendali dengan baik oleh  ketua projek syarikat tersebut. Bagi konteks emosi pula, kerja-kerja pembangunan akan berjalan dengan lancar sekiranya pekerja mampu mengawal emosi mereka dengan baik. Emosi juga merupakan tunjang utama yang perlu dititik beratkan dalam bersosial.
Kecerdasan intelek tidak akan membawa untung di dalam dunia pekerjaan sekiranya seseorang individu tidak mempunya kecerdasan emosi dan sosial yang baik. Kemampuan untuk bekerjasama dengan emosi yang stabil lebih banyak memberi impak positif. Tambahan pula, kecerdasan intelek mampu terbentuk melalui interaksi antara manusia, iaitu kecerdasan sosial.

Forum ini merupakan forum ketiga bagi melengkapkan tugasan saya di bawah subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Psikologi Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kerjasama pembaca untuk memberi sebarang komen, kriktikan, atau ulasan amat saya hargai. Sekian terima kasih.

9 comments:

  1. Assalamualaikum saudari. tidak dinafikan bahawa kecerdasan emosi dan sosial sangat penting di alam pekerjaan kerana Emosi yang baik dan Sosial yang baik mampu melahirkan seorang pekerja yang berkomitmen, namun Kecerdasan Intelek tidak boleh di abaikan di alam pekerjaan. Hal ini kerana, Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis. Jadi sekiranya pekerja hanya mempunyai Emosi dan sosial yang baik, kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah tidak dapat dilakukan dengan baik kerana hanya mempunyai Emosi dan Sosial yang baik. sebagai contoh: seorang pekerja yang mempunyai jawatan yang sama dengan rakan sekerjanya mempunyai emosi dan sosial yang baik. Beliau dapat bergaul dengan rakan kerja yang lain dan dapat mengawal emosi ketika menghadapai sebarang masalah. Namun beliau tidak dapat memikirkan bagaimana supaya beliau boleh mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dari rakan sekerjanya. Beliau juga tidak mampu menganalisis dan memahami keadaan sesuatu di tempat kerja menyebabkan beliau hanya mampu menjawat jawatan yang setara dengan rakan sekerjanya. Hal demikian keran beliau hanya menjaga kecerdasan Emosi dan Sosial sahaja. Beliau tidak menjaga kecerdasan Intelek beliau menyebabkan beliau tidak berjaya mendapat jawatan yang lebh tinggi dari rakan kerjanya kerana kurang mahir dalam berfikir, memahami dan menganalisis sesuatu. Oleh itu, Kecerdasan Intelek juga sama pentingnya dengan Kecerdasan Emosi dan Sosial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudara, terima kasih kerana dapat berkongsi penerangan yang lebih mendalam mengenai tajuk forum yang saya kemukakan ini. Saudara mengemukan pendapat yang sama mengenai tajuk yang saya berikan ini bahawa kecerdasan emosi dan sosial sangat penting di alam pekerjaan kerana emosi yang baik dan Sosial yang baik mampu melahirkan seorang pekerja yang berkomitmen, namun Kecerdasan Intelek tidak boleh di abaikan di alam pekerjaan. Selain itu, contoh yang diberikan saudari amatlah menarik yang menyatakan bukti yang kukuh bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam duni pekerjaan ini. Terima kasih sekali lagi. Semoga ianya bermafaat untuk kita semua.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari Asyikin, berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun. Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum saudari Syifa. Terima kasih untuk kesekian kali kerana sudi berkongsi pendapat dengan saya. Tidak dapat disangkal lagi, ketiga-tiga elemen iaitu kecerdasan emosi, kecerdasan sosial, dan kecerdasan intelek perlu ada dalam diri seseorang pekerja. Ianya mestilah seimbang bagi memenuhi keperluan dan objektif tempat yang mereka bekerja itu. Walau bagaimanapun, saya masih berpendapat bahawa kecerdasan emosi dan sosial adalah tunjang utama yang wajib ada dalam diri seorang pekerja. Hal ini kerana, kecerdasan intelek boleh dipupuk melalui mental, namun kecerdasan sosial dan emosi adalah sifat semula jadi yang sentiasa perlu dipertingkatkan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan diri seorang pekerja malah sebagai manusia. Sekian, terim kasih

      Delete
  3. Assalamualaikum dan selamat malam saya ucapkan kepada saudari Asyikin. Saya tertarik dengan isu yang saudari kupaskan. Kecerdasan sosial, emosi, dan intelek merupakan aspek yang mesti ada dalam setiap diri seorang pekerja. Namun saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa kecerdasan sosial dan kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasaan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan negara kita sendiri. Kelulusan seseorang individu sama ada mempunyai sijil, diploma, mahupun ijazah sekalipun bukan lagi menjadi taruhan. Semua orang boleh menjadi pekerja yang terbaik. Ia berbalik kepada pangkal hati sama ada kita ikhlas dan berminat dengan pekerjaan itu, atau tidak. Saya memandang kelebihan seseorang dalam melakukan kerja melalui keperibadiannya. Keperibadian dapat dibuktikan dengan cara dia mengawal emosi dan cara komunikasi dengan persekitaran. Oleh itu tidak syak lagi bahawa kecerdasan sosial dan kecerdasan emosi jauh lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam diri seseorang pekerja. Terima kasih di atas perkongsian saudari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam saudara Khairil. Terima kasih kerana bersetuju dengan pendapat saya. Emosi sememangnya sangat sukar diduga kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari, sungguh menarik isu forum yang anda kupaskan. Pada pendapat saya seorang pelajar kecerdasan intelek lebih penting dari kecerdasan emosi dan sosial. Hal ini kerana, intelek adalah ilmu pengetahuan, Intelek didefinisikan sebagai daya berfikir, memahami dan menganalisis sesuatu perkara. Jelaslah bahawa, di sini intelek memain peranan yang sangat penting dalam sesuatu pekerjaan. Dengan adanya intelek yang luas sudah pastinya, kecerdasan emosi dan sosial juga baik. Hal ini kerana, dengan intelek, kita akan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu emosi, dan memahami keadaan sesuatu perkara dengan ini kita akan bertindak lebih profesional dan berfikir rasional dalam sesuatu kerja. Erti kata lain nya ialah, berfikir dahulu sebelum bertindak. Oleh sebab itu, intelek adalah aspek penting dalam sesuatu pekerjaan. Tanpa adanya intelek atau ilmu pengetahuan, sudah pastinya kerja kita tidak terurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam saudari. Terima kasih di atas perkongsian anda. Saya tidak menyangkal keperluan kecerdasan intelek dalam bidang pekerjaan. Namun begitu, kecerdasan intelek tidak mampu membentuk nilai murni dalam diri individu sebagaimana yang diperlukan oleh seseorang pekerja bagi menjalankan tanggungjawab. Jika kita dalami aspek kemanusiaan, kebijaksanaan bukanlah kayu pengukur untuk menunjukkan individu tersebut berguna untuk masyarakat. Kecerdasan emosi dan intelek merupakan salah satu input yang perlu ada dalam diri semua manusia bagi menunjukkan keperibadian yang positif. Tuntasnya, saya tetap berpegang dengan pendapat saya bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah aspek yang paling penting dalam dunia pekerjaan. Terima kasih saudari.

      Delete
  5. Berbalik kepada kecerdasan emosi, Mayer, Caruso dan Salovey (2000), pula mendefinisikan kecerdasan emosi (Emotion Quotient) atau EQ sebagai kebolehan seseorang mengenali makna emosi dan hubungannya dengan cara menaakul dan cuba menyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya. Kecerdasan emosi terlibat dalam kapasiti untuk menjangkakan emosi, mengasimilasikan perasaan berkaitan dengan emosi, memahami maklumat mengenai emosi dan menguruskannya. Goleman (1995), mentakrifkan kecerdasan emosi sebagai kebolehan mengenalpasti emosi diri sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri, menguruskan emosi dengan baik serta pembinaan hubungan antara perseorangan. Murray (1998), yang merupakan seorang ahli psikologi mentakrifkan kecerdasan emosi ialah satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif seperti marah dan ragu-ragu serta memfokuskan kepada perasaan positif seperti keyakinan diri. Cherniss (2001), pula mendefinisikan EQ sebagai kemampuan melihat (perceive), melahirkan (express), dan menguruskan (managed) emosi diri sendiri dan emosi orang lain.

    Kita sering tertanya-tanya bahawa yang mana satukah jenis kecerdasan yang bermanfaat bagi seseorang individu. Pada dasarnya masyarakat meletakkan kecerdasan kepintaran atau IQ lebih utama dan lebih penting berbanding kecerdasan emosi atau EQ. Masyarakat menganggap bahawa kepintaran adalah segala-galanya yang menjadikannya sebagai kayu ukur kepada sesebuah kejayaan individu. Dalam keadaan perkembangan dunia yang semakin mencabar seiring dengan teknologi yang semakin canggih serta persaingan yang hebat pada masa kini, kecerdasan intelek sahaja sebenarnya tidak mampu menjamin kejayaan seorang individu tanpa wujudnya kecerdasan emosi yang seimbang serta kemahiran-kemahiran lain. Kecerdasan intelek semata-mata tidak mencukupi bagi mengatakan seseorang itu pandai, pintar, bijak, cerdik dan berjaya. Hal ini disebabkan pada masa yang sama, kemahiran inteleknya tidak diseimbangkan dengan pengurusan emosi dan konflik-konflik faktor persekitaran yang berlaku dalam dirinya. Kesannya, hal ini dapat dilihat dalam masyarakat pada hari ini dengan timbulnya beberapa masalah dari sudut emosi yang negatif seperti stres yang melampau, anti sosial dan sebagainya akibat tidak berlakunya pengurusan emosi dan sosial yang baik. Bagi pendapat saya, diantara kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan emosi (EQ) lebih penting dan perlu ada bagi seseorang individu.

    ReplyDelete