Friday 13 November 2015

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang "Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky". Komen dan ulasan tambahan dari anda amatlah dialu-alukan





Nama sebenar beliau ialah Lev Semenovich Vygotsky. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934. Beliau merupakam seorang psikologi berbangsa rusia. Beliau juga seorang guru dan sarjana sastera. Beliau telah menulis buku tentang 'Pemikiran dan Bahasa' dan 'Fikiran Masyarakat'.

   Vygotsky mendapatkan pendidikan awal daripada ibunya sendiri yang merupakan seorang guru dan mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Beliau mendapat pengaruh dari sepupunya, David Vygotsky. Beliau meneruskan pengajian sekolah menengahnya di sebuah sekolah persendirian dan memperoleh anugerah medal emas. Beliau kemudiannya menamatkan pengajian di Moscow State University pada tahun 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat. Antaranya ialah Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di Moscow, Lerningrad dan Kharkow di mana beliau bekerja keras menyatakan ideanya tentang perkembangan kognitif. 

     Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan budaya. Perkembangan kognitif berlaku melalui interaksi sosial ibu bapa, guru, rakan, orang dewasa lain, sekolah, dan sebagainya. Menurut Vygotsky, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental (elementary mental function) iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori.   

     Teori sosiobudaya Vygotsky menjadikan beliau dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan. Teori ini juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang ada disekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekeliling mereka. Vygotsky berpendapat bahawa sosiobudaya disampaikan melalui tiga cara iaitu:
  • Belajar daripada peniruan
  • Mengingati dan membuat pemahaman sendiri
  • Belajar melalui kolaborasi kumpulan
Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dan persekitaran sosial. Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila berinteraksi dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial yang menjadi tunjang kepada perubahan pemikiran dan tinhkah laku kanak-kanak. Pemikiran dan tingkah laku inilah yang membezakan sesuatu budaya. 

     Vygotsky turut bersetuju dengan teori Piaget bahawa perkembangan kognitif berlaku secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berfikir yang berbeza-beza. Namun begitu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Piaget bahawa anak menjelajahi dunianya bersendirian dan membentuk gambaran realitinya sendirian, kerana menurut Vygotsky suatu pengetahuan tidak hanya didapati oleh anak itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari lingkungannya  juga. 

Sekian saja perkongsian saya tentang topik teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky. Terima Kasih :)